HospitalityNews

Hari Kerjaya Hospitaliti 2018

Malaysian College of Hospitality & Management (MCHM) menganjur Hari Kerjaya Hospitaliti pada 18 April 2018 di Kampus Bandar Dato’ Onn, jam 8.00 pagi hingga 2 petang dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Negeri Johor bagi memperkenalkan bidang hospitaliti kepada orang ramai sekaligus menjadikannya sebagai kerjaya profesional.

Sebanyak lebih daripada 33 buah Sekolah Menengah dari seluruh Johor telah menyertai aktiviti yang diadakan seperti Cabaran Kulinari MCHM 2018, Dekorasi Kek Cawan, Pertandingan Teh Tarik, Pertandingan Makan Burger dan Demo Ukiran Ais serta Buah-buahan. Hari kerjaya ini turut menyaksikan penampilan khas selebriti chef terkenal, Chef Zamzani Abdul Wahab yang berkongsi pengalaman beliau dalam bidang masakan serta memberi motivasi kepada peserta.

Bagi Cabaran Kulinari MCHM 2018, SMK Permata Jaya, Batu Pahat telah memenangi tempat pertama diikuti SMK Sultan Abu Bakar, Muar di tempat kedua dan SMK Senggarang, Batu Pahat di tempat ketiga. Majlis penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Tuan Haji Rosman Harun, Penolong Pengarah Bimbingan dan Kaunseling Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pendidikan Negeri Johor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *