CSRNews

MCHM dalam Bernama, 23 Mei 2018. Program #buburlambuk MCHM-SWM Environment Sdn Bhd Sheikh Umar akan teruskan program keusahawanan bawa kebaikan rakyat

JOHOR BAHRU, 23 Mei (Bernama) — Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Keusahawanan, Koperasi Dan Ekonomi Kreatif Johor Sheikh Umar Bagharib Ali hari ini berkata beliau akan meneruskan mana-mana projek atau program keusahawanan Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang membawa kebaikan kepada rakyat.

Sheikh Umar yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh berkata beliau akan melakukan penambahbaikan sekiranya sesuatu program keusahawanan itu memerlukan perubahan.

“Saya sudah tengok apa yang sudah dilaksanakan sebelum ini di bawah portfolio keusahawanan ini. Sudah banyak program yang sudah berjalan dengan bajet lama (2018), ada yang 30 peratus, 40 peratus sudah berjalan.

“Jadi, mana yang baik kita akan teruskan dan kalau perlu penambahbaikan, kita akan menambah baik dan kalau perlu bajet tambahan, kita akan usulkan untuk bajet tambahan,” katanya yang ditemui pemberita pada majlis Program Bubur Lambuk SWM Kasih, di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah Eksekutif SWM Environment Sdn Bhd Dr Uzir Abdul Malik serta Pengurus Besar Kolej Pengurusan dan Hospitaliti Malaysia (MCHM) Noor Haslina Harun…..

Bacaan lanjut .. http://bernama.com/bm/am/news.php?id=1466382

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *