News

THAILAND INTERNATIONAL CULINARY CUP 2018

Disiplin, Komitmen & Fokus Resepi Kejayaan Pensyarah Kulinari Di Thailand
Last update: 13/09/2018

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) — Displin dan komitmen yang tinggi serta fokus semasa pertandingan merupakan rumusan resepi kejayaan pensyarah kulinari, Mohd Faizal Md Salleh dalam pertandingan berprestij Piala Kulinari Antarabangsa Thailand 2018 yang diadakan di Bangkok baru-baru ini.

Mohd Faizal, 35, yang merupakan pensyarah kulinari di Malaysian College of Hospitality and Management (MCHM) berjaya membawa pulang pingat perak dalam acara profesional ‘hot plated dessert’ kategori individu.

“Tidak pernah terlintas untuk menang apatah lagi dalam pertandingan di luar negara…saya hanya fokuskan penghasilan produk yang terbaik sahaja, selebihnya saya berserah”, kata Mohd Faizal dalam satu kenyataan.

Beliau berkata bagi menghadapi persediaan untuk pertandingan ini, latihan yang dijalankan kurang daripada lima kali atas kekangan tugasan sebagai pensyarah namun ketika latihan memfokuskan kepada kualiti rasa dan persembahan ‘plating’.

Sementara itu, ketua pasukan MCHM, Chef Mohd Noorazam Zainal berkata, pertandingan peringkat antarabangsa ini mendapat pengiktirafan daripada World Association of Chef Societies (WASC) dan telah menyaksikan penyertaan lebih daripada 1000 peserta daripada 30 negara.

Selain pingat perak, pasukan kulinari kolej ini juga meraih empat gangsa dan empat anugerah diploma.

–BERNAMA
http://youth.bernama.com/v2/news.php?id=1642068&c=6

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *